Wednesday, 26 August 2020

 Biodata Penulis


Dilahirkan di Muar Johor dan menerima pendidikan awal di Sekolah Serom 3, pendidikan menengah di Sekolah Tengku Mahmud Iskandar Sungai Mati, Hailenpajar meneruskan persekolahan tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Menengah Teknik Larkin Johor Bahru.

Anak ke 3 daripada keluarga seramai 7 beradik, beliau meneruskan pengajian di Institut Teknologi Mara Dungun dalam bidang Perbankan sebelum menyambung pelajaran diperingkat ijazah Pengurusan Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Menyertai sektor kerajaan sejak tahun 1990, Hailenpajar mengambil peluang untuk menambah ilmu dengan menyertai pelbagai kursus dan latihan, samada di dalam perkhidmatan mahupun di luar pejabat.

Sepanjang 30 tahun perkhidmatan, beliau telah bertugas dipelbagai jabatan yang mendedahkan beliau kepada  peluang meningkatkan skil dan kemahiran dalam pengurusan acara, komunikasi  korporat dan training khususnya penulisan teks ucapan,buku sejarah, laporan tahunan serta buletin.

Selain terlibat dalam bidang latihan sejak tahun 2010, beliau juga  banyak terlibat dalam pengurusan dan pengendalian majlis rasmi termasuk menjadi urusetia, sambutan dan protokol, pengacara majlis serta penulis teks ucapan.

Beliau  adalah seorang trainer terlatih di bawah HRDF dan merupakan seorang Certified Professional Image Consultan serta  memiliki sijil Certified Dining Consultant.

Dalam bidang penulisan pula beliau telah terlibat dalam penghasilan 3 antologi kisah hidup dengan buku berjudul, Selepas Hujan Turun, Bangkit Sebelum Jatuh, dan siri antologi legasi_emak dengan buku berjudul Pengat Labu Kasih Sayang. Selain itu beliau juga terlibat dalam 3 buah antologi puisi, Semusim Resah, Bunga-bunga Perpaduan (sajak dwi Bbahasa Malaysia -Jepun) dan antologi Dibawah Langit Akrab ( sajak dwi Bahasa Malaysia-Thailand).



No comments:

Post a Comment

Stail Kerjaya Lady Boss

 Dalam era 70an, wanita yang bekerja di pejabat memilih pakaian yang seakan-akan kaum lelaki iaitu dengan memakai jaket yang dipadankan deng...