Dalam era 70an, wanita yang bekerja di pejabat memilih pakaian yang seakan-akan kaum lelaki iaitu dengan memakai jaket yang dipadankan dengan kemeja dan slack. Ini adalah untuk memberi gambaran bahawa wanita juga berkebolehan dalam melaksanakan tugas di pejabat, berwibawa dan berpengetahuan.
Kini wanita sudah diterima dan diiktiraf sebagai penyumbang tenaga kerja yang memainkan peranan besar dalam pembangunan negara. Sehubungan itu, trend fesyen ke pejabat juga mulai berubah ke arah lebih feminin namun tetap mengekalkan kewibawaan wanita.
Selaras dengan perkembangan itu, pakaian wanita ke pejabat mulai disesuaikan dengan bidang kerjaya / industri yang diceburi. Wanita mempunyai lebih ruang untuk bebas berpakaian dan memilih penampilan profesional dengan mesej yang sesuai.
Bagi industri perundangan, perbankan, pegawai peringkat atasan dan pengurusan profesional. pakaian yang membawa mesej wibawa, cekap dan profesionala adalah sut berskirt yang sedondon dengan potongan klasik. Material yang sesuai adalah fabrik bermutu tinggi dengan warna, gaya dan perincian paling minima.
Bagi Lady Boss yang bekerja dalam industri insuran, perguruan, hartanah dan bidang jualan pula pilihan yang sesuai adalah sut yang tidak sedondon. Jaket boleh dipakai bersama seluar/skirt yang formal. Mesej daripada pakaian ini adalah kebolehpercayaan, berpengetahuan dan mudah mesra dan senang didekati.
Sementara itu, bagi Lady Boss yang terlibat dalam sektor pengikalanan. kesenian, fesyen, penuliasn dan hiburan, gaya yang ditonjolakn adalah gaya yang lebih ranggi, warna terang dan aksesori yang menangkap perhatian. Ini adalah bersesuaian dengan mesej yang mahu disampaikan iaitu kreatif, kontemporari dan bersifat individualistik.
No comments:
Post a Comment