Wednesday, 26 August 2020

20 Soalan Untuk Imej Menawan

 Bab 5 : Soal Jawab

1) Bolehkah coat atau jaket dipakai bersama sepasang baju kurung?

2) Bagaimanakah menggayakan baju kurung supaya penampilan lady boss kelihatan 'professional'?

3) Sesuaikah memakain shawl/selendang sebagai gantian kepada coat atau jaket untuk mengatasi masalah ruang bekerja bersuhu rendah (atau air-cond terlalu sejuk)

4)Apakah hanya warna hitam yang dapat menampilkan imej 'authoritive'?

5) Apakah yang dinamakan 'smart casual/

6)Apakah perbezaan 'dress-up' dan 'dress-down'?

7) Apakah yang dinamakan 3 piece suit?

8) Perlukah lady boss bergaya mengikut kategori usia?

9) Baju batik berlabuci ke pejabat?

10) Stoking wanita, perlu atau tidak?

11) Memakai seluar pallazo ke pejabat?






V.I.T.A.M.I.N.S Untuk Plus Size

 Bab 4 : Urus Imej Plus Size


Kata kunci bagi menampilkan gaya personaliti yang menawan khusus buat Lady Boss Plus Size adalah dalam akronim V.I.T.A.M.I.N.S

V.I.T atau visual illusion technic adalah teknik yang memberikan ilusi lebih ramping  dan langsing kepada Lady Boss Plus Size (LDPS). Dengan mengaplikasikan beberapa ilusi visual pada pemilihan pakaian, seseorang itu dapat menutup bahagian tubuh yang bermasalah misalnya perut yang buncit, lengan yang menggeleber atau bahagian pinggul yang besar. 

VIT melibatkan pemilihan corak, rekaan , tekstur serta potongan  sesuatu pakaian.

VIT elaboration here)

MINS adalah akronim untuk Make-up In Natural Shades atau solekan dalam gaya natural.

Walaupun sesetengah Lady Boss memilih untuk tidak bersolek kepejabat, namun wajah yang bersolek dianggap lebih menarik perhatian dan lebih disenangani oleh rakan sekerja. Solekan yang disyorkan adalah solekan yang sederhana, bukannya solekan untuk menghadiri  majlis makan malam tahunan.

Bayangkan,muka Lady Boss selepas bangun tidur, lantas terus bersiap-siap ke pejabat . Pada awal pagi, muka kelihatan sembab (bedroom face)  jadi sangatlah tidak wajar untuk Lady Boss masuk ke pejabat  with bare face.                                                             

Berikut diperincikan satu persatu.

Kenali Bentuk Tubuh

 Bab3 : Idea Dan Solusi

3.1 .Kenali bentuk tubuh 

        Setiap wanita dilahirkan dengan memilik bentuk badan yang berbeza. Tidak ada yang salah tentang perkara itu. Ada orang pernah menyebut "Theres nothing wrong about yor body, only wrong cloth"

Dengan lain perkataan,. adalah lebih mudah menyelesaikan 'masalah' penampialan dengan hanya memilih pakaian yang paling tepat untuk tubuh badan anda. Tidak perlu menunggu sehingga anda kurus kering atau mencapai berat ideal atau menpunyai potongan badan bak seorang ratu dunia. Dengan ilmu  yang betul untuk  memahami bentuk tubuh sendiri, dan memilih pakain yang tepat semua Lady Boss mampu tampil menawan.


Secara asasnya, wanita Asia memiliki beberapa bentukasas  tubuh badan. Cuma mungkin saiz sahaja yang membezakan samada Lady Boss sekelian tergolong dalam saiz S, M L atau XL.


1. Bentuk Pembaris 

Wanita begini memiliki bahu, pinggang dan pinggul yang kelebarannya hampir sama. Sekali pandang wanita begini kelihatan 'lurus' dari atas (bahu) ke bawah (pinggul). Bahagian pinggan tidak begitu ketara. Bahagian perut dan dada tidak begitu menonjol. Jika wanita ini kurus, bentuk badannya boleh kelihatan rata.

 Solusi




2. Bentuk Hour Glass 

Bentuk hour glass merujuk kepada bentuk jam klasik  yang memiliki bahagian terkecil di antara ke dua-dua bahagian atas (bahu /dada) serta bahagian bawah (pinggul/kaki). Ukuran pinggang ketara lebih kecil berbanding ukuran bahu dan pinggul. Bentuk badan begini dikira ideal kerana ianya kelihatan seimbang dan sempurna tatkala menggayakan pakaian.

Solusi




3. Bentuk Pear 

Bentuk badan pear adalah bentuk yang paling biasa dikalangan wanita Asia. Bahagian pinggul lebih lebar  berbanding bahagian bahu  dan dada iaitu  bentuk yang seakan sebiji buah pear. Bentuk ini jelas kelihatan apabila  wanita memakai jean atau seluar slack.

Biasanya Lady Boss yang semakin berusia cenderung untuk memilik bentuk badan jenis ini.

Solusi: 


4. Bentuk Epal

Lady Boss dengan tubuh berbentuk epal, memiliki bahagian tengah tubuh yang lebih besar berbanding bahu dan pinggul. Sekali pandang ia kelihatan seperti sedang mengandung kerana bahagian perut agak menonjol. 

Solusi:


5. Bentuk Kon Terbalik

Wanita 'Kon Terbalik' adalah mereka yang memiliki saiz bahu lebih lebar daripada pinggang dan pinggul, sementara bahagian kaki lebih kecil dan lurus

Solusi



B. Pemilihan warna membantu penampilan lebih menarik



C.Urus almari dengan koleksi pakaian rasmi kepejabat

Gaya Komunikasi Lady Boss


Gaya Komunikasi 

Secara asasnya, komunikasi adalah teras penting dalam sesebuah organisasi. Sebagai seorang ketua, Lady Boss mestilah mmenguasai teknik komunikasi yang tepat. Terdapat pelbagai gaya komunikasi di tempat kerja kerana di sanalah berkumpulnya ramai manusia yang saling berinteraksi.

kebolahan Lady Boss untuk berinteraski dengan pelbagai lapisan pekerja akan membolehkan pasukan mereka mencapai sasaran yang ditetapkan. Objektif utama kumnunikasi adalah memastikan msej yang disampaikan kepada seseorang (receiver) , dapat diterima , difahami dan tindakan yang bersesuaian diambil oleh beliau sesuai dengan maksud penghantar mesej (sender)

Terdapat 4 gaya komunikasi yang biasa diamalkan di pejabat.

1. Gaya Pengurus

2 Gaya Pengkaji

3 Gaya Periang

4. Gaya Tenang


Gaya Pengurus

Lady Boss yang berkomunikasi dengan gaya ini selalunya cepat dalam membuat sesuatu keputusan. Sebarang tugasan yang diserahkan kepada beliau mahu disiapkan dengan sebaik mungkin. Tidak banyak kerenah serta seringkali mematuhi disiplin serta sangat teratur. 

Beliau agak tegas serta kurang sekali bergurau-gurau dalam berkomunikasi. Segalanya mesti mengikuti peraturan dan sentiasa  bersikap professional. Beliau jarang sekali bercerita tentang hal peribadi, personal mahupun tentang keluarga.

Jika bercakap dengan beliau, harus terus kepada maksud atau tujuan perbualan. Beliau juga menghormati orang lain sepertti mana beliau mahu dihormati. 

Perkataan atau ayat yang digunakan selalunya pendek dan jimat perkataan.


Gaya Pengkaji

Teliti. 

Itulah kata kunci gaya komunikasi Lady Boss ini.  Beliau memang sangat teliti walaupun kurang bercakap. Sesetengah orang menggelarkan beliau sebagai cerewet atau perfectionist. Beliau memerlukan masa untuk merancang sesuatu perkara dengan sempurna. Segala maklumat yang perlu, segala data yang digunakan mestilah reliable bagi membantu beliau dalam membuat sesuatu perancangan.

Beliau juga sangat peka,  seorang yang memerhati dan seringkali kelihatan seperti sedang berfikir.


Gaya Periang

Bertenaga,  ekspresif serta sangakt proaktif adalah ciri-ciri utama Lady Boss Periang. Beliau seorang yang suka berada dalam kumpulan orang yang ramai, dikelilingi sahabat dan kenalan. Mereka seolah-olah memiliki tenaga yang banyak dak tidak letih atau perlukan rehat. Sentiasa bergerak, suka berkenalan, mudah berkawan dan tidak kisah berkongsi cerita peribadi .

Mereka mudah tertawa, suka berjenaka dan pandai berkata-kata. Ramai orang yang melihat mereka dengan  rasa kagum keran Lady Boss jenis ini seolah-olahnya tidak ada masalah dan sentiasa positif serta yakin diri.

Lady Boss jenis ini memiliki ramai kawan, mudah menyesuaikan diri dalam sebarang suasana dan mudah didekati oleh orang lain kerana mereka sentiasa terbuka untuk menerima cabaran baru.

Oleh kerana Lady Boss Periang  pandai bermain kata, ramai orang berasa selesa bercakap-cakap dengan Lady Boss ini. Mereka mudah bersikap terbuka terutama apabila Lady Boss suka memberi motivasi dan mendorong orang lain kearah kebaikan.


Gaya Penenang

Sesuai dengan sifat semulajadi yang agak pendiam, Ladi Boss Penenang ini lebih selesa mendengar daripada bercakap-cakap. Mereka jarang memulakan perkenalan atau memulakan perbualan kerana agak reserve. Mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu situasi.

Si penenang  ini juga agak sensitif namun sukar menunjukkan perasaan sebenar kerana mereka memilih untuk berdiam diri. Selalunya Lady Boss jenis ini tidak suka suasana hingar bingar. Mereka lebih selesa berada dalam persekitaran yang tenang dan senyap.










Stail Personaliti Lady Boss

  Bab 1 : Tampil Menawan Dan Professional


4 Kategori Stail Persoanliti

1. Santai dan Relax

2. Cantik Berhias

3. Kemas dan Segak

4. Gaya Sungguh Wow


Setiap kategori stail personaliti memilik ciri-ciri yang tersendiri dan berbeza.


Gaya Santai dan Relax

    Lady Boss yang memiliki gaya personaliti ini sangat mengutamakan 'keselesaan' dalam berpakaian. Pakaian yang mudah diurus serta memiliki design yang ringkas sentiasa menjadi pilhan beliau.  Material pilihan pula selalunya material yang mudah digosok, namun jika pakaian tidak perlu kerap disterika, pastilah Lady Boss ini mengutamakan material tersebut. Warna pilihan pula selalunya terdiri dari tona warna yang sederhana, tidak terlalu menonjol mahupun terlalu polos. memilih corak papakain yang sederhana, simple dan kemas. Yang penting, pakaian tersebut sesuai dengan personaliti beliau yang santai dan relax. 

Pilihan pakaian pejabat biasanya baju kurung, blouse dan skirt panjang. Kasut dengan potongan ringkas dan ketinggian heels sekitar 1 inci. Beg tangan yang dipilih selalunya berwarna hitam, jenis yang tahan lasak, serta boleh dibawa ke pelbagai majlis, termasuk majlis kenduri. Aksesori pilihan terdiri dari aksesori saiz kecil dan ringkas. Malahan ada Lady Boss kategori ini tidak mengenakan cincin dan tidak memakai jam tangan.

Kurang gemar kepada perincian seperti renda, manik serta rekaan pakaian yang eloborate. Selaian elemen keselesaan , Lady Boss ini mengutamakan  kesederhanaan. Beliau juga tidak terlalu mengikuti peredaran fesyen kerana sudah selesa dengan gaya yang sama sejak sekian lama. Beliau juga selalu memilih pakaian yang sederhana harga dan kualitinya.


Gaya penampilan yang terlalu santai dan relax ini meghantar mesej yang kurang enak kepada orang lain yang memandang Lady Boss jenis ini.

Ada yang memandang Lody Boss ini sebagai seorang yang kurang wibawa. Tidak gah.Tidak serius. Penampilan yang terlalu santai, kurang dihormati oleh orang lain. Sekali pandang, munngkin Lady Boss tidak kelihatan seperti seorang boss, apatah lagi jiak dikelilingi oleh pegawai bawahan yang memiliki penampilan yang lebih menonjol.

Lebih teruk lagi Lady Boss jenis ini mungkin dianggap kurang bijak dan tidak berupaya mengurus pasukannya hanya kerana gaya penampilan yang sangat sederhana.


2.Gaya Cantik Berhias

Lady Boss yang memiliki gaya ini seringkali tampil berhias cantik ke pejabat. Memilih pakaian yang mempunyai pelbagai perincian sepeti riben, mutiara serta ropol dan renda. Mereka juga gemarkan pakaian yang memiliki juraian, material yang lembut  dengan warna-warna pastel.

Pilihan pakaian ke pejabat selalunya jenis yang bercorak, berbunga serta menampilkan ciri-ciri kewanitaan yang gemar berdandan. Pemilhan warna pula seringkali dipadankan atau sedondon dengan beg tangan, kasut dan hijab. 

Jika mereka memakai baju batik, pastilah ada taburan manika dan permata menghiasi penampilan mereka.

Mereka juga sering memakai aksesori lengkap seperti gelang, rantai, cincin serta brooch untuk menyempurnakan penampilan mereka. 

SEcara keseluruhannya, pemilihan pakaian mereka bersesuaian dengan personaliti yang tenang, menarik cantik dan lemah lembut.


Walau bagaimana pun, ada waktunya pemilihan pakaian yang terlalu comel dan 'matchy' membuatkan Lady Boss in kelihatan tidak matang, keanak-anakan dan memerlukan perhatian. Jika mereka menghadiri mesyuarat penting sambil mengenakan jaket pink, hijab beropol-ropol, brooch berjuntaian serta kasut dan jam tangan sedondon warna, maka penampilan mereka mungkin dianggap tidak serius.


3. Gaya Kemas dan Segak

Lady Boss yang memiliki style personaliti adalah dianggap paling cool dan berwibawa. Mereka akan memilih pakaian yang tinggi kualitinya, elegant dan klasik. Mereka tidak terikut-ikut dengan trend semasa sebaliknya kekal dengan gaya 'skema' yang tidak lapuk dek zaman.

Pilihan pakaian kepejabat selalunya berupa jaket, blouse, slack, skirt panjang serta baju kurung yang polos atau bercorak minima. Jika memakai aksesori, mereka hanya memilih aksesori asas seperti jam tangan dan barang kemas yang simple namun tinggi nilainya.

Warna pilihan mereka selalunya hitam, kelabu, putih, biru gelap dan coklat.

Pilihan kasut pula selalunya jenis yang sederhana tingginya, perincian minimal tanpa berlebihan.

Oleh kerana pilihan pakaian mereka agak terhad dan tidak fancy, mungkin  mereka dilihat sebagai tidak tahu berfesyen akibat tidak mengikuti perkembangan semasa. Akibatnya, sesetengah orang menganggap Lady Boss ini sebagai terlalu konservatif., terlalu berhati-hati dan sukar menerima perubahan.

4. Gaya Sungguh Wow

Mereka sering menonjolkan gaya tersendiri dalam berpenampilan. Lady Boss ini mempunyai aura fesyen yang kuat dan selalunya up to date. Mereka yang berpesonaliti berani, periang, kreatif  dan menakjubkan.

Lady Boss ini sering muncul dengan  berkeyakinan berani bereksperien dengan gaya berfesyen, Memilih corak. warna dan rekabentuk yang menonjolkan effek WOW. Mereka berani memakai baju dengan corak harimau, atau memakai pakaian warna pelangi dan neon, atau tampil dengan rekaan dan design baju yang 'menjerit'

Warna merah, hitam, kuningtentulah menjadi pilihan mereka. Aksesori besar, berkilau, serta corak yang unik boleh digayakan tanpa masalah.Penampilan mereka mudah dikenali kerana gaya berani, warna garang dan dramatik.

Penampilan yang sebegini mungkin menimbulkan rasa kurang selesa dikalangan rakan sepejabat. Mungkin ada yang berasa tergugat atau pun berasa inferior kerana aura Lady Boss Wow sungguh kuat.

Walau bagaimana pun,  pesekitaran pejabat yang memerlukan seseorang tampil berwibawa memerlukan Lady Boss untuk bersederhana dalam penampilannya. 

 AMARAN

 Biodata Penulis


Dilahirkan di Muar Johor dan menerima pendidikan awal di Sekolah Serom 3, pendidikan menengah di Sekolah Tengku Mahmud Iskandar Sungai Mati, Hailenpajar meneruskan persekolahan tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Menengah Teknik Larkin Johor Bahru.

Anak ke 3 daripada keluarga seramai 7 beradik, beliau meneruskan pengajian di Institut Teknologi Mara Dungun dalam bidang Perbankan sebelum menyambung pelajaran diperingkat ijazah Pengurusan Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Menyertai sektor kerajaan sejak tahun 1990, Hailenpajar mengambil peluang untuk menambah ilmu dengan menyertai pelbagai kursus dan latihan, samada di dalam perkhidmatan mahupun di luar pejabat.

Sepanjang 30 tahun perkhidmatan, beliau telah bertugas dipelbagai jabatan yang mendedahkan beliau kepada  peluang meningkatkan skil dan kemahiran dalam pengurusan acara, komunikasi  korporat dan training khususnya penulisan teks ucapan,buku sejarah, laporan tahunan serta buletin.

Selain terlibat dalam bidang latihan sejak tahun 2010, beliau juga  banyak terlibat dalam pengurusan dan pengendalian majlis rasmi termasuk menjadi urusetia, sambutan dan protokol, pengacara majlis serta penulis teks ucapan.

Beliau  adalah seorang trainer terlatih di bawah HRDF dan merupakan seorang Certified Professional Image Consultan serta  memiliki sijil Certified Dining Consultant.

Dalam bidang penulisan pula beliau telah terlibat dalam penghasilan 3 antologi kisah hidup dengan buku berjudul, Selepas Hujan Turun, Bangkit Sebelum Jatuh, dan siri antologi legasi_emak dengan buku berjudul Pengat Labu Kasih Sayang. Selain itu beliau juga terlibat dalam 3 buah antologi puisi, Semusim Resah, Bunga-bunga Perpaduan (sajak dwi Bbahasa Malaysia -Jepun) dan antologi Dibawah Langit Akrab ( sajak dwi Bahasa Malaysia-Thailand).



Stail Kerjaya Lady Boss

 Dalam era 70an, wanita yang bekerja di pejabat memilih pakaian yang seakan-akan kaum lelaki iaitu dengan memakai jaket yang dipadankan deng...