Wednesday, 26 August 2020

Gaya Komunikasi Lady Boss


Gaya Komunikasi 

Secara asasnya, komunikasi adalah teras penting dalam sesebuah organisasi. Sebagai seorang ketua, Lady Boss mestilah mmenguasai teknik komunikasi yang tepat. Terdapat pelbagai gaya komunikasi di tempat kerja kerana di sanalah berkumpulnya ramai manusia yang saling berinteraksi.

kebolahan Lady Boss untuk berinteraski dengan pelbagai lapisan pekerja akan membolehkan pasukan mereka mencapai sasaran yang ditetapkan. Objektif utama kumnunikasi adalah memastikan msej yang disampaikan kepada seseorang (receiver) , dapat diterima , difahami dan tindakan yang bersesuaian diambil oleh beliau sesuai dengan maksud penghantar mesej (sender)

Terdapat 4 gaya komunikasi yang biasa diamalkan di pejabat.

1. Gaya Pengurus

2 Gaya Pengkaji

3 Gaya Periang

4. Gaya Tenang


Gaya Pengurus

Lady Boss yang berkomunikasi dengan gaya ini selalunya cepat dalam membuat sesuatu keputusan. Sebarang tugasan yang diserahkan kepada beliau mahu disiapkan dengan sebaik mungkin. Tidak banyak kerenah serta seringkali mematuhi disiplin serta sangat teratur. 

Beliau agak tegas serta kurang sekali bergurau-gurau dalam berkomunikasi. Segalanya mesti mengikuti peraturan dan sentiasa  bersikap professional. Beliau jarang sekali bercerita tentang hal peribadi, personal mahupun tentang keluarga.

Jika bercakap dengan beliau, harus terus kepada maksud atau tujuan perbualan. Beliau juga menghormati orang lain sepertti mana beliau mahu dihormati. 

Perkataan atau ayat yang digunakan selalunya pendek dan jimat perkataan.


Gaya Pengkaji

Teliti. 

Itulah kata kunci gaya komunikasi Lady Boss ini.  Beliau memang sangat teliti walaupun kurang bercakap. Sesetengah orang menggelarkan beliau sebagai cerewet atau perfectionist. Beliau memerlukan masa untuk merancang sesuatu perkara dengan sempurna. Segala maklumat yang perlu, segala data yang digunakan mestilah reliable bagi membantu beliau dalam membuat sesuatu perancangan.

Beliau juga sangat peka,  seorang yang memerhati dan seringkali kelihatan seperti sedang berfikir.


Gaya Periang

Bertenaga,  ekspresif serta sangakt proaktif adalah ciri-ciri utama Lady Boss Periang. Beliau seorang yang suka berada dalam kumpulan orang yang ramai, dikelilingi sahabat dan kenalan. Mereka seolah-olah memiliki tenaga yang banyak dak tidak letih atau perlukan rehat. Sentiasa bergerak, suka berkenalan, mudah berkawan dan tidak kisah berkongsi cerita peribadi .

Mereka mudah tertawa, suka berjenaka dan pandai berkata-kata. Ramai orang yang melihat mereka dengan  rasa kagum keran Lady Boss jenis ini seolah-olahnya tidak ada masalah dan sentiasa positif serta yakin diri.

Lady Boss jenis ini memiliki ramai kawan, mudah menyesuaikan diri dalam sebarang suasana dan mudah didekati oleh orang lain kerana mereka sentiasa terbuka untuk menerima cabaran baru.

Oleh kerana Lady Boss Periang  pandai bermain kata, ramai orang berasa selesa bercakap-cakap dengan Lady Boss ini. Mereka mudah bersikap terbuka terutama apabila Lady Boss suka memberi motivasi dan mendorong orang lain kearah kebaikan.


Gaya Penenang

Sesuai dengan sifat semulajadi yang agak pendiam, Ladi Boss Penenang ini lebih selesa mendengar daripada bercakap-cakap. Mereka jarang memulakan perkenalan atau memulakan perbualan kerana agak reserve. Mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu situasi.

Si penenang  ini juga agak sensitif namun sukar menunjukkan perasaan sebenar kerana mereka memilih untuk berdiam diri. Selalunya Lady Boss jenis ini tidak suka suasana hingar bingar. Mereka lebih selesa berada dalam persekitaran yang tenang dan senyap.










No comments:

Post a Comment

Stail Kerjaya Lady Boss

 Dalam era 70an, wanita yang bekerja di pejabat memilih pakaian yang seakan-akan kaum lelaki iaitu dengan memakai jaket yang dipadankan deng...