Bab 1 : Tampil Menawan Dan Professional
4 Kategori Stail Persoanliti
1. Santai dan Relax
2. Cantik Berhias
3. Kemas dan Segak
4. Gaya Sungguh Wow
Setiap kategori stail personaliti memilik ciri-ciri yang tersendiri dan berbeza.
Gaya Santai dan Relax
Lady Boss yang memiliki gaya personaliti ini sangat mengutamakan 'keselesaan' dalam berpakaian. Pakaian yang mudah diurus serta memiliki design yang ringkas sentiasa menjadi pilhan beliau. Material pilihan pula selalunya material yang mudah digosok, namun jika pakaian tidak perlu kerap disterika, pastilah Lady Boss ini mengutamakan material tersebut. Warna pilihan pula selalunya terdiri dari tona warna yang sederhana, tidak terlalu menonjol mahupun terlalu polos. memilih corak papakain yang sederhana, simple dan kemas. Yang penting, pakaian tersebut sesuai dengan personaliti beliau yang santai dan relax.
Pilihan pakaian pejabat biasanya baju kurung, blouse dan skirt panjang. Kasut dengan potongan ringkas dan ketinggian heels sekitar 1 inci. Beg tangan yang dipilih selalunya berwarna hitam, jenis yang tahan lasak, serta boleh dibawa ke pelbagai majlis, termasuk majlis kenduri. Aksesori pilihan terdiri dari aksesori saiz kecil dan ringkas. Malahan ada Lady Boss kategori ini tidak mengenakan cincin dan tidak memakai jam tangan.
Kurang gemar kepada perincian seperti renda, manik serta rekaan pakaian yang eloborate. Selaian elemen keselesaan , Lady Boss ini mengutamakan kesederhanaan. Beliau juga tidak terlalu mengikuti peredaran fesyen kerana sudah selesa dengan gaya yang sama sejak sekian lama. Beliau juga selalu memilih pakaian yang sederhana harga dan kualitinya.
Gaya penampilan yang terlalu santai dan relax ini meghantar mesej yang kurang enak kepada orang lain yang memandang Lady Boss jenis ini.
Ada yang memandang Lody Boss ini sebagai seorang yang kurang wibawa. Tidak gah.Tidak serius. Penampilan yang terlalu santai, kurang dihormati oleh orang lain. Sekali pandang, munngkin Lady Boss tidak kelihatan seperti seorang boss, apatah lagi jiak dikelilingi oleh pegawai bawahan yang memiliki penampilan yang lebih menonjol.
Lebih teruk lagi Lady Boss jenis ini mungkin dianggap kurang bijak dan tidak berupaya mengurus pasukannya hanya kerana gaya penampilan yang sangat sederhana.
2.Gaya Cantik Berhias
Lady Boss yang memiliki gaya ini seringkali tampil berhias cantik ke pejabat. Memilih pakaian yang mempunyai pelbagai perincian sepeti riben, mutiara serta ropol dan renda. Mereka juga gemarkan pakaian yang memiliki juraian, material yang lembut dengan warna-warna pastel.
Pilihan pakaian ke pejabat selalunya jenis yang bercorak, berbunga serta menampilkan ciri-ciri kewanitaan yang gemar berdandan. Pemilhan warna pula seringkali dipadankan atau sedondon dengan beg tangan, kasut dan hijab.
Jika mereka memakai baju batik, pastilah ada taburan manika dan permata menghiasi penampilan mereka.
Mereka juga sering memakai aksesori lengkap seperti gelang, rantai, cincin serta brooch untuk menyempurnakan penampilan mereka.
SEcara keseluruhannya, pemilihan pakaian mereka bersesuaian dengan personaliti yang tenang, menarik cantik dan lemah lembut.
Walau bagaimana pun, ada waktunya pemilihan pakaian yang terlalu comel dan 'matchy' membuatkan Lady Boss in kelihatan tidak matang, keanak-anakan dan memerlukan perhatian. Jika mereka menghadiri mesyuarat penting sambil mengenakan jaket pink, hijab beropol-ropol, brooch berjuntaian serta kasut dan jam tangan sedondon warna, maka penampilan mereka mungkin dianggap tidak serius.
3. Gaya Kemas dan Segak
Lady Boss yang memiliki style personaliti adalah dianggap paling cool dan berwibawa. Mereka akan memilih pakaian yang tinggi kualitinya, elegant dan klasik. Mereka tidak terikut-ikut dengan trend semasa sebaliknya kekal dengan gaya 'skema' yang tidak lapuk dek zaman.
Pilihan pakaian kepejabat selalunya berupa jaket, blouse, slack, skirt panjang serta baju kurung yang polos atau bercorak minima. Jika memakai aksesori, mereka hanya memilih aksesori asas seperti jam tangan dan barang kemas yang simple namun tinggi nilainya.
Warna pilihan mereka selalunya hitam, kelabu, putih, biru gelap dan coklat.
Pilihan kasut pula selalunya jenis yang sederhana tingginya, perincian minimal tanpa berlebihan.
Oleh kerana pilihan pakaian mereka agak terhad dan tidak fancy, mungkin mereka dilihat sebagai tidak tahu berfesyen akibat tidak mengikuti perkembangan semasa. Akibatnya, sesetengah orang menganggap Lady Boss ini sebagai terlalu konservatif., terlalu berhati-hati dan sukar menerima perubahan.
4. Gaya Sungguh Wow
Mereka sering menonjolkan gaya tersendiri dalam berpenampilan. Lady Boss ini mempunyai aura fesyen yang kuat dan selalunya up to date. Mereka yang berpesonaliti berani, periang, kreatif dan menakjubkan.
Lady Boss ini sering muncul dengan berkeyakinan berani bereksperien dengan gaya berfesyen, Memilih corak. warna dan rekabentuk yang menonjolkan effek WOW. Mereka berani memakai baju dengan corak harimau, atau memakai pakaian warna pelangi dan neon, atau tampil dengan rekaan dan design baju yang 'menjerit'
Warna merah, hitam, kuningtentulah menjadi pilihan mereka. Aksesori besar, berkilau, serta corak yang unik boleh digayakan tanpa masalah.Penampilan mereka mudah dikenali kerana gaya berani, warna garang dan dramatik.
Penampilan yang sebegini mungkin menimbulkan rasa kurang selesa dikalangan rakan sepejabat. Mungkin ada yang berasa tergugat atau pun berasa inferior kerana aura Lady Boss Wow sungguh kuat.
Walau bagaimana pun, pesekitaran pejabat yang memerlukan seseorang tampil berwibawa memerlukan Lady Boss untuk bersederhana dalam penampilannya.
No comments:
Post a Comment