Solekan ke pejabat mestilah menonjolkan aspek profesionalime seorang Lady Boss.
Solekan yang dimaksudkan bukanlah bertujuan untuk menonjolkan keseksian wanita atau untuk menarik perhatian orang lain kepada diri wanita berkenaan.
Namun cuba bayangkan seorang Lady Boss yang 'sempoi' iaitu seorang yang memandang mudah akan keadaan kulit mukanya, tidak berbedak, apatah lagi memakai gincu dengan kulit muka yang kusam,mata yang sembab serta bibir yang kering.
Sebagai seorang wanita, tentulah aspek kecantikan dan kebersihan diri sangat perlu diutamakan.
Untuk tampil profesional dan menawan pada kebanyakan masa, adalah penting untuk wanita menitikberatkan perkara berikut :
1. Kulit muka bersih.
Muka ibarat kanvas kosong sebelum sebarang solekan dikenakan dengan campuran pelbagai warna di mata, pipi dan bibir.Walau bagimana pun, kulit muka yang bersih adalah solekan yang paling baik.
Jagalah kulit muka dengan mengamalkan regim penjagaan yang konsisten. Kenalpasti jenis kuti muka samada berminyak, kering, sensitif atau kombinasi.
Pilih produk penjagaan kulit bermula daripada pencuci, toner, pelembab, krim tabir suria (dipakai siang hari) dan krim mata yang bersesuaian. Untuk penjagaan kulit disebelah malam, gantikan krim tabir suria dengan serum atau krim anti penuaan, yang mana sesuai.
Dapatkan informasi dari pelbagai sumber termasuk dalam media sosial atau dapatkan nasihat dari pakar kulit dan pakar kecantikan berkaitan produk yang sesuai dengan kulit anda.
2. Pelembab dan Penutup Cela.
Jika ada Lady Boss yang tidak selesa menggenakan solekan dimuka, anda boleh memilih untuk menggunakan bahan solekan asas iaitu pelembab (moisturiser), penutup anti-cela (concealer) dan foundation sahaja.
Pilihlah foundation yang paling sepadan dengan kulit muka bagi mengelakkan muka kelihatan berbelak atau bercapuk dan mengakibatkan tona kulit tidak sekata.
3. Bedak asas.
Terdapat pelbagai pilihan bedak samada bedak kompak, jenis serbuk (talkum),bedak cecair atau bedak krim.
Terdapat wanita yang masih menggunakan bedak talkum dimuka mereka, namun bedak jenis ini tidak bertahan lama kerana mudah hilang akibat peluh. Jadi, muka akan kelihatan segar hanya dalam tempoh yang singkat sebelum kulit mula berminyak.
4. Solekan ringkas.
Untuk penampilan profesional di pejabat, wanita disyorkan mengenakan solekan paling minimal.
Mulakan dengan mengenakan pelembab, foundation, bedak dan pakailah gincu yang senada dengan warna bibir. Usah mengenakan gincu merah menyala. Pilih warna 'nude' dan ;nautral'. Jika tidak selesa menggunakan gincu, pakailah lip gloss untuk mengekalkan kelembapan bibir.
5. Warna natural untuk kesan lebih elegant
Rapikan kening dengan menggunakan clear eyebrow gel. Jika suka memakai celak kening dan mata, gunakan warna coklat. Warna alis yang terlalu hitam membuatkan muka kelihatan garang. Pilih eyeshadow warna coklat untuk kesan nautral. Warna pemerah pipi jangan terlalu menonjol kerana ia akan membuatkan muka kelihatan lebar (gemuk)
Elakkan memakai bulu mata palsu ke pejabat.
.
No comments:
Post a Comment