Pemilihan warna yang tepat juga dapat memberikan ilusi langsing.
Dalam sifir yang mudah warna gelap dapat menyembunyikan atau mengkaburkan pandangan terhadap seseorang sementara warna cerah pula dapat menonjolkan penampilan seseorang.
Warna yang dominan pada pakaian polos (tanpa corak) memang mempunyai efek yang ketara.
Jika seorang yang berbadan sederhana memakai sepasang pakaian berwarna merah menyala, tentulah ia kelihatan 'lebih besar' berbanding orang yang bertubuh plus saiz yang memakai pakaian berwarna gelap.
Warna hitam sering menjadi pilihan kerana secara efektifnya ia dapat memberi kesan langsing dengan segera namun keadaan ini tidak terpakai pada semua keadaan. Sekali lagi, pemilihan warna untuk kelihatan langsing, tetap eprlu mengambil kira bentuk tubuh serta saiz seseorang itu.
No comments:
Post a Comment