Power pose adalah sebahagian daripada gaya bahasa badan yang khusus berkait dengan gaya duduk dan, berdiri. Lady Boss digalakkan menghalusi cara berdiri dan duduk bagi mengekalkan wibawa serta keanggunan seorang Lady Boss.
Pernahkah anda terfikir bagaimana gaya duduk seorang Lady Boss boleh memberikan gambaran tentang dirinya?
Cuba bayangkan anda sedang menonton perlawanan bola sepak melalui kaca television yang bisu, sunyi dari sebarang bunyi.
Ketika pemain A mengangkat tangannya ke atas atau mendepangkan tangan seluasnya selain riak wajah yang tersenyum penuh emosi gembira atau mungkin menjerit kegembiraan, atau melompat setinggi yang boleh atau beliau berlari mencari team mate dan memeluk mereka dengan erat pastilah kita tahu bahawa A telah berjaya menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan tersebut.
Ya. Begitulah gambaran body posture seorang yang gembira.
Sebaliknya, tatkala kita melihat seorang pemain lain, B menundukkan kepalanya serta raut wajah yang muram dan sedih, pastilah kita dapat meneka bahawa beliau sedang mengalami kegagalan. Beliau juga mungkin menjatuhkan diri ke padang atau menekupkan muka dengan tanganya menahan perasaan.
Jika kita adalah penyokong pasukan B, susah tentu kita akan berkongis perasaan dengan B.
Secara keseluruhannya, gaya badan atau body posture dapat memberikan gambaran tentang perasaan seseorang.
Jadi, bagaimana pula kaitan antara Lady Boss dan power pose?
Gaya duduk!
Gaya duduk melambangkan perilaku seseorang.
Samada kita sedar atau tidak, kita mengamalkan gaya duduk yang berbeza dalam situasi yang berbeza. Setiap satu gaya duduk menyampaikan mesej yang berbeza kepada orang yang melihat kita.
Bersimpuh, bersila, duduk di kerusi, duduk semasa temuduga kerja, duduk di kedai kopi kampong, duduk di pelamin, duduk di dalam mahkamah, duduk di tepi sungai, duduk di bilik mesyuarat semuanya mempunyai posture dan mesej yang berbeza.
(Insert foto 1)
(Insert foto 2)
( Insert foto 3)
No comments:
Post a Comment