Ketrampilan yang baik bukan hanya dizahirkan melalui pakaian.
Cara kita membawa diri di majlis rasmi juga merupakan sebahagian daripada imej yang perlu dipelihara.
Sebagai seorang Lady Boss anda perlu menghadiri majlis rasmi anjuran pejabat. Oleh itu, beberapa peraturan sosial atau etika sosialperlu dikuasai supaya penampilan anda tidak janggal. Tatakelakulan semasa menghadiri majlis rasmi sebenarnyan bermula sejak sebelum majlis sebenar berlangsung.
Bermula dengan mengesahkan kehadiran atau RSVP sesuatu majlis, anda sebenarnay telah mengambil langkah awal dalam siri etika yang perlu dipatuhi.
Apabila menerima jemputan rasmi, adalah amat penting untuk anda mengemukakan jawapan kepada pihak penganjur. Jawab HADIR jika anda benar-benar komited untuk hadir. Jangan pula menyusahkan tuan rumah atau pihak penganjur dengan cara tidak memberi sebarang indikasi tentang niat anda.
tApabila tetamu tidak memberi respon atau menjawab RSVB, pihak penganjur berhak menggantikan beliau dengan jempoutan yang lain.
Keputusan anda untuk menjawab secara rasmi memudahkan pihak penganjur untuk mengurus tempahan makanan dan susun atur tempat duduk.
No comments:
Post a Comment