Monday, 7 September 2020

Ilusi Optikal Dalam Penampilan - Garis Melintang

 2. Garis Melintang

Garisan melintang pada pakaian membuatkan seseorang kelihatan lebih lebar. Keadaan ini lebih ketara teerutama apabila garisan melintang ini terletak pada bahagian tuibuh yang sudah sedia lebar misalnya bahagian dada dan punggung.\

Baju A dan E kelihatan lebih langsung berbanding baju C kerana garis melintang di tengah-tengah  tubuh membuatkan ilusi lebih lebar pada baju C. Apabila kita melihat suatu objek,secara automatik, mata akan 'bergerak' ke atas atau kebawah sebelum ia berhenti pada mana-mana garisan melintang yang ada pada objek berkenaan. Lebih lama mata bergerak, maka lebih jelas kesan ilusi optik pada pakaian berkenaan.

 Memakai talipinggang boleh menimbulkan kesan optik garisan melintang. Oleh itu, anda perlu berhati-hati memilih talipinggang supaya ia tidak memberi ilusi lebar pada bahagian tubuh tersebut.

Lebih baik memakai pakaian yang mempunyai warna senada (monochormatic) bagi memberikan ilusi lurus tanpa garisan melintang.

Walau bagaimana pun, garisan menegak juga boleh membantu untuk memberi kesan yang dikehendaki jika ia diletakkan pada tempat yang betul.

        A                       B                         C                          D                         E

No comments:

Post a Comment

Stail Kerjaya Lady Boss

 Dalam era 70an, wanita yang bekerja di pejabat memilih pakaian yang seakan-akan kaum lelaki iaitu dengan memakai jaket yang dipadankan deng...