Keseimbangan antara keperluan untuk tampil menawan dan memilih pakaian mengikut bentuk tubuh adalah dua perkara yang sering menimbulkan kerungsingan kepada wanita.
Sebagai wanita plus size, Lady Boss harus bijka memilih 'ilusi optikal' untuk membantu agar diri kelihatan lebih langsing dengan cara yang mudah dan berkesan.
Ada beberapa teknik yang boleh dilakukan untuk embantu Lady Boss tampil yakin dan mempesona.
1. Garis Menegak
Garisan menegak pada pakaian memang diketahui memberi ilusi tinggi dan lurus pada tubuh seseorang. Itulah sebabnya mengapa garisan menegak pada blaus, skirt dan slack boleh membuatkan anda kelihatan lebih langsing.
Seperti ilusi pada gambar di atas, kotak disebelah kiri yang mempunyai garisan menegak ditengah-tengah kelihatan lebih kecil berbanding dengan kotak disebelah kanan walaupun sebenarnya, kedua-dua kotak berkenaan mempunyai saiz yang sama.
Jika anda lihat pakaian dalam gambar di atas, ternyata pakaian disebelah kanan dengan garuis menegak ditengah-tengah kelihatan lebih langsing berbanding pakaian disebelah kiri.
No comments:
Post a Comment