1. Pilih pakaian yang muat dibadan.
Wanita Plus Saiz cenderung memilih pakaian longgar dengan harapan untuk menyembunyikan bahagian badan yang dianggap kurang cantik misalnya bahagian perut, lengan dan punggung. Mereka juga kerap kali memilih pakaian berwarna gelap supaya perhatian tidak tertumpu ketempat yang diangap 'zon rahsia'
Sebenarnya, memakai pakaian longgar makin menyebabkan seseorang kelihatan lebih besar, selekeh dan tidak kemas.Sementara pakaian yang terlalu ketat tidak akan berjaya membuatkan wanita plus saiz kelihatan lebih kecil. Jika tidak berhati-hati, bonjola di bahagian tertentu tubuh badan akan lebih mencacatkan pandangan.
Pilihlah pakaian yang muat dibadan dengan selesa. Jika membelipakaian di kedai, anda mungkin perlu membuat sedikit alteration pada pakaian tersebut supaya betul2 fit di badan. Hantar kepada tukang jahait anda supaya ianya dapat dijahit mengkut saiz and yang tepat.
Pilih pants jenis 'straight cut' atau bootleg. Elakkan memakai seluar slack yang mempunyai ropol dipinggang.
Jka memilh skirt panjang, pilihlah jenis A cut, atau pencil cut. Elakkan memakai skirt yang 'melekap' dikakai kerana material ini membuat anda tidak selesa dan kelihatan selekeh.
2. Dapatkan pakaian dalam yang berkualiti
Tidak dinafikan, pakaian dalam merupakan faktor yang sangat membantu untuk mendapatkan gaya penampilan yang kemas. Bayangkan pakaian dalam anda dari jenis yang kurang berkualiti, ia mungkin melendut dan membuatkan anda kelihatan bongkok dan lebih berisi.
Apabila membeli pakaian dalam , pastikan jurujual membantu anda mengambil ukuran badan yang tepat. Sesetengan pakaian dalam menawarkan saiz yang sama namun dalam ukuran yang berbeza. Kebanyakan pakaian dalam sangat mementingkan rekaan, corak dan gaya yang fashionable, namun anda harus tahu jenis rekaan pakaian dalam yang sesuai dengan tubuh anda.
Melaburlah dalam pembelian pakaian dalam yang berkualiti supaya anda berpuashati kerana fakaian dalam merupakan asas binaan kepada gaya yang menawan.
.
No comments:
Post a Comment